Sem 1 done ~

 
Assalamualaikum, enam bulan lebih jugaklah aku bergelar pelajar form six ni. Banyak benda jugak yang aku dah tempuh. Tak dinafikan, kadang aku rasa macam lemah dan tak kuat. Sebab macam-macam benda yang aku nak kena hadap, yang aku kena lalui. Macam-macam benda yg aku rasa. Nama pun kehidupan, mestilah ada turun naik. Selagi yang namanya manusia, kita takkan boleh lari dari semua benda tu. Memang, kalau diikutkan hati aku ni, nak je aku berhenti. 'kalau' ok, tak buat pun. Hahaha. Walau apa pun yang jadi, aku kena teruskan perjuangan aku. Perjalanan masih panjang kot, takkan nak berhenti sebab benda yang remeh-temeh dan tak masuk akal. Fizikal dan mental pun kena kuat. Kalau tak, memang kau akan rasa cepat down dan mengalah.


Setakat ni, study aku semua okay je sebab baru sem 1 kan. Orang kata masa sem satu ni boleh main-main lagi sbb masih awal. Wei, memang tak lah. Jangan percaya cakap-cakap tu ya. Aku masa ni pun dah macam nak pecah kepala. Cikgu aku kata masa sem 1 ni lah student kena buat betul-betul. Sebab sem dua dengan tiga dkt form 6 ni lebih susah. So, result sem 1 ni lah yang boleh jadi penyelamat kpd result result sem lain. (paham tak? hahaha) Tapi kan, yang sedihnya aku rasa macam aku tak perform well je masa jawab exam stpm sem 1 haritu. Entahlaaa, mungkin sebab otak aku ni pun dah set macam ... "alah takpayah serius sangat leklu byk masa lagi" Haaa gitu. Pastu sekarang aku pulak yang menyesal sendiri bila mengenangkan segala paper yg dah dihantar tu. Allahu jangan begini sis, yang dah berlalu biarkan berlalu haish. :') Tapi takpa, fikir positive jelah kan. Lagipun ada setahun lagi untuk aku struggle habis-habisan dekat sini and banggakan ibu dengan abah :* Aku pun sekarang ni nak ubah mindset aku untuk tak lagi fikirkan benda-benda yang tak penting. Aku nak tolak tepi semua benda yang negative, just spread something positive and be a positive person. Benda yang aku rasa tak penting untuk di fikirkan, boleh letak tepi ataupun campak je jauh-jauh. Jangan asyik fikir sesuatu benda tu dalam-dalam sampai jadikan benda tu beban untuk diri kau. Tu yang jadikan kau tak happy and negatif je manjang. Just smile and be happy with your life. :)


Ni gambar masa dekat parlimen. Mesti korang taknampak mana cikgu mana student hahaha.

Okaylah jom tukar topik. Ni diaaaa classmates aku selama 6 bulan lebih dekat form six ni :p Mostly, diorang ni semua dari sekolah lain. Ada lah diantara diorang ni yang aku kenal and rapat sbb dulu satu sekolah. And ada jugak diantara diorang ni yang mmg satu sekolah dgn aku dulu tapi tak pernah bertegur. Pastu diorang be like "laaa kau dulu sekolah sini ke? Aku pun dulu sekolah sini tapi tak pernah nampak kau pun.." Aku pun cakap dalam hati ... "Eh dia ni kang, aku kenal kau kot and selalu nmpk kau kat sekolah dulu. Dah berapa tahun aku sekolah sini boleh pulak kau kata tak pernah nampak aku, pelik betul" -.- Tapi aku takda lah marah pun ahahaha. Salah aku juga taknak expose diri dulu hahaha. Then, mula-mula masuk class dulu memang masing-masing macam awkward, segan and malu-malu gitu. Yelah at first memang macamtu. Normal lah untuk semua orang bila pergi ke fasa baru. Tapi lama-lama kitorang ok dah, dah boleh bertegur and dah tak malu-malu macam dulu-dulu tu. Siap boleh jadi geng lagi wei. Even baru je berapa bulan dengan diorang, tapi aku macam dah boleh baca sikit-sikit perangai diorang ni. (mesti diorang terharu kalau baca ayat sweet-sweet aku ni hahaha) Moga kita dapat teruskan perjuangan kita dekat form 6 ni till the end dengan jayanya. ^^ Amin :)) p/s : Moga tak bosan jugak tengok muka ni kahkah.

Ok ni masa sambutan hari raya. Nampak tak kelas aku dipelopori oleh wanita :3



31 daripada 37. Teka mana aku? Hahahaha. 



Okay bye guys! Thank you for reading <3
Love:
Floralyaa 

9 comments:

  1. Jangan dik, sem 1 jangan main main. Kak dulu memain sem 1, hasilnyaaa? Pulun laa sampai tahun terakhir sebab nak cover pointer sem 1 yg drop sangat. Fuhh :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah kak, tulah saya pun mcm main main :( risau jugak. Tapi takpelah inshaAllah nak jadi lebih serius smpai habis sem ni :))

      Delete
  2. all da best for your next remaining semester

    ReplyDelete
  3. Yes. Masa sem satu la kita nak kena ambik peluang achieve pointer yang baik sebab memang sangat sangat membantu utk maintainkan pointer yg akan datang. Kalau tak, memang kena struggle sampai habis sem. Huu. Apa pun, all the best awak :D

    ReplyDelete
  4. Tahniah habis sem 1 dah :)

    http://nazatul-nashya.blogspot.my/2017/12/shawl-berdezuppp.html

    ReplyDelete
  5. form 6 best! jgn sia-siakan peluang ni.

    http://eatmakeread.blogspot.my/2017/12/sadn1033.html

    ReplyDelete

Feel free to comment what ever you want and Leave your footprints here so that I can visit you back! Thank you :)