Resepi agar agar sirap laici

 


 Assalamualaikum, yaaa. Harini terajin pula nak taip resepi ni. Resepi dessert yang sonang gila nak buat. Makan sejuk sejuk memang sedap wei. Okay ni step by step dia. 


Bahan-Bahan :

20gm agar-agar tali (satu paket)
5 cawan air
1 tin laici (yang ada buah tu)
2 cawan air tin laici (kalau takda just tambah air putih biasa 1 setengah cawan)
1 cawan gula (kalau manis sangat boleh kurangkan)
2 sudu biji selasih (ikut suka) - rendam dengan air panas
1  1/2 sudu sirap rose



 Cara cara :


1. Cuci dan toskan agar-agar tersebut.

 2. Masakkan agar-agar dengan 5 cawan air hingga larut, then masukkan gula. Kacau lagi hingga gula larut. 

3. Masukkan 1 tin laici dalam periuk, buah laici tu korang letak dlm mangkuk asing. Lepastu masukkan 1 cawan air tin laici tu pula. Bubuh sirap rose tu dan kacau hingga mendidih. 

4. Tutup api. Laici tadi tu korang bolehlah carit caritkan dia ikut suka dan bolehlah letak dlm acuan yang korang nak, dalam bekas pun boleh. Aku letak dekat dalam loyang je. Senang >.<

5. Tuang agar-agar sirap tu dalam acuan yang dah diletakkan laici tadi dan korang bolehlah masukkan sekali biji selasih yg dah direndam tadi. Letak dalam peti sejuk dan tunggu hingga beku.

6. Lepas 4 hingga 5 jam dah boleh keluarkan dan potong! sedap makan sejuk sejuk :p ^^


 
 Tara! Ni lah hasilnya.

Ok selamat mencuba! :) 
 
 
Love: 
Izzah Alya

11 comments:

  1. kena cuba ni. Senang je caranya kan.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. aaaa sedapnya! makan time musim panas memang heaven

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis! memang sedap sgt makan time musim panas :D

      Delete
  3. nampak sedap n cantik sgt.

    jom join sini. there's a week left okay.

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  4. Nampak cantik sangat. Rasa sayang nak makan. Huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, mula mula mcm syg, hehehe tapi kita telan je hahaha :D

      Delete
  5. Adududdu, sedap pulak lengkung sirap laici niiiii. Terliur lah kiteee

    ReplyDelete

Feel free to comment what ever you want and Leave your footprints here so that I can visit you back! Thank you :)