Cara Hilangkan Double Chin dengan mudah




Hai, harini aku nak share lah sikit beberapa cara nak hilangkan double chin. Kot-kot masih ada yang belum tahu boleh lah cuba cara-cara kat bawah ni. Kalau rajin buat inshaAllah berhasil ^ Ok jom buat sama-sama!



 1- IN AND OUT :

1- Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang.
2- Pastikan jari lain berada di sebelah pipi.
3- Tolakkan muka ke hadapan perlahan-lahan.
4- Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang.
5- Relaks dan ulang sehingga tiga kali.




2- JAW JUT :

1- Dongakkan kepala hingga memandang siling. 
2- Tolak rahang bawah ke depan hingga terasa streching di bawah dagu.
3- Buat kiraan selama 10 kali dan relaks semula rahang.
4- Ulang sehingga 10 kali.



3- THE KISS : 
 1- Dongakkan kepala sambil memandang siling.
2- Muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium syiling selama lima saat.
3- Relaks dan tegakkan semula kepala.
4- Buat sehingga 15 kali.



4- STICK IT OUT :

1-Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas.
2- Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan lima.
3- Masukkan semula lidah dalam kiraan lima.
4. Ulang sehingga 10 kali.


5- NECK ROLL :

1- Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada.
2- Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5.
3- Kembalikan kepala ke sisi asal.
4- Pusing kepala ke kiri perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5.
5- Ulang semula dalam masa 30 saat.


6- TONGUE ON TEETH :

1- Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya.
2- Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah.
3- Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil mengeluarkan bunyi "aaahhhhhh"
4- Lakukan selama satu minit, relaks dan ulang sekali lagi.


7- CHIN SLAP : 
 
1- Sambil pandang depan, tampar bawah dagu dengan belakang tangan perlahan-lahan.
2- Lakukan sehingga 30 saat.  


8- LAYING LIFTS :

1- Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada. 
2- Biarkan selama 10 saat.
3- Kembalikan kepala pada sisi asal. 
4- Ulang dua kali. 



Sumber : Facebook  


Thank you for reading ^

Love:
Floralyaa

24 comments:

  1. Boleh try ni tapi kena buat dalam bilik sensorang. Hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah betul tu sis takde org nampak baru feel hahahaha

      Delete
  2. Wahhh terbaik tips ni. Lepas ni takde dah double chin hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya i know right! goodluck sis hehehe :D

      Delete
  3. i am still menunggu postingan 2 menarik lainnya.. ;)
    fighting...

    ReplyDelete
  4. luckily i dun have double chin :v
    bw here XD
    ur CBOX can't be opened ><

    btw, please follow me, www.giftasblog.co.vu
    i'll follback u XD
    thanks^^

    ReplyDelete
  5. hai salam kenal. busyra singgah dan follow disini ye.. :)

    ReplyDelete
  6. Tips yang bagus.. bleh try kat rumah nie.. kalu buat kat opis kang, naya jea.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha betul tu >< goodluck sis :)!!

      Delete
  7. boleh practicee ni,kdg2 bila dongak biasa okay je,bila tunduk tu mcm ada pulak doublechin T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah sis, saya pun rasa benda yg sama huhuhu. gluck sis :D

      Delete
  8. Terbaiklah perkongsian. sgt berguna. kihkihkih

    ReplyDelete
  9. boleh try ni.. biasa buat yg no 1 je

    ReplyDelete

Feel free to comment what ever you want and Leave your footprints here so that I can visit you back! Thank you :)