Resepi popia goreng simple



Assalam, 

Harini nak share resepi sikit. Alaaa popia simple simple jerr ni. Budak budak pun reti buat. Mudah, cepat dan sedap.  Nak buat juadah buka puasa pun boleh. :) Okay jom start!


Bahan bahan yang diperlukan :

-Kulit popia
-Air bersih (lekatkan kulit popia)
-Sayur mixed
-Fish cake+Fish ball


Paling penting kulit popia, tak kisah brand apa yang penting halalan toyyiban.


Sayur mix ni yang ada jual dekat pasaraya tu. Kalau ada sayur and nak potong kekecik pun ok janji muat nak masuk dlm kulit popia. Air bersih untuk lekatkan kulit popia. 


Aku tambah fish cake dengan fish ball yang dipotong dadu/ kecik kecik. Ikut suka korang lah nak tambah ketam ke nugget ke dalam popia ni.


Cara-cara :


1. Ambil kulit popia tadi. Letakkan kulit popia tu kat atas dulang atau pinggan atau apa apa jelah supaya senang nak letak bahan-bahan. 



2. Masukkan sayur mix kat tengah tengah kulit popia dan lipat ikut suka hati korang. Aku lipat macam biasa je sbb senang, hee. Btw, Kalau korang nak tambah sayur lain macam taugeh ke atau guna sayur lain pun ok. Ikut suka korang lah kan :p


3. Lepastu, Masukkan fish cake and fish ball yang korang dah potong kecik kecik tadi. Jangan halus sangat nanti tak rasa pula. ><

4. Akhir sekali, bila dah selesai lipat kulit popia tadi, sapukan air dekat hujung kulit popia tu dan lekatkan. Ada sesetengah orang guna telur untuk lekatkan kulit popia tu. Pun boleh juga janji tak tertanggal.

5. Goreng popia tersebut sehingga kekuningan. Sekejap je jangan lama lama agak agak dah cantik kaler dia boleh terus angkat.

6. Okay siap! Sedia untuk dimakan dan dicicah bersama sos cili thai nyum nyum. ^^




Taraa! (eksaited)


Okay terima kasih singgah! 





By : Izzah Alya

13 comments:

  1. simple, nak buat jugaklhh. huhu

    ReplyDelete
  2. Best kalau makan lepas buka puasa. hehe

    ReplyDelete
  3. Yumm. Hehe. Kalau saya, saya ganti inti dgn cream cheese + crab. Sedap! Selamat berpuasa. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lagi sedap sis :D selamat berpuasa juga ^^

      Delete
  4. memang simple gila. tapi percaya atau tak, saya tak pernah lagi buat popiah ni even kulit dia dah tersedia jual xD

    thanks utk resipi ni! japlagi bolehlah try buat xD dahla saya ni suka dgn popiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome sis. saya pun suka gila makan popia. Lah yeke sis tak pernah buat? hah takpa sis, sis try lah buat confirm sedap punyaaaaaa >< :D

      Delete
  5. ni fav akak ni... ermm tgok awk post, ptg ni nak p belilah kulit popia, nak masak hahahhaa

    ReplyDelete
  6. Saya lom pernah makan yg ada fish cake.
    Meti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you should try! hahaha tapi ni simple je ada lagi yang letak macam macam :)

      Delete

Feel free to comment what ever you want and Leave your footprints here so that I can visit you back! Thank you :)