Me and My lesen

Assalamualaikum, hai. Perasan tak my last update bila? Hahaha lama kan tak update blog. Macam busy sangat jee aku. Padahal tak pun, sikit jelah busynya. Kuikui. Okay taknak intro pepanjang kelain kang aku cerita. Okay tengok tajuk tu? Bahahaha. Kadang aku rasa nak tergelak pun ada. Okay meh aku cerita meh setelah sekian lama menghilangkan diri.


Okay lebih kurang 6 ke 7 bulan yang lepas, aku pergi ambil lesen memandu. Mulanya memang aku beria betullah nak belajar drive. Memang eksaited sesangat lah bila nampak kekawan and kenalan aku ramai dah reti drive. Beberapa minggu sebelum aku ambil lesen tu, aku ada lah bawa kereta kat sekitar kawasan rumah aku. Kiranya macam practice makes perfect lah even aku tak reti sangat. Aku ambil lesen kereta manual. So aku belajar bawa kereta manual lah dengan kakak aku. Alah biasalah kakak aku tu membebel jaa kat sebelah aku time aku bawa -_- memang ada jelah tak kena, ada je yang salah. Tapi memang ya lah pun banyak salah kahkahkah. Asik tekan brek je aku wei hahahaha. Pastu nak masuk gear gelabah habis. Last last tak jadi apa pun. Hagahaga. 


Ok then, firstly... semua yang nak ambil lesen ni kena dengar ceramah dulu kan. Okay dah lepas dengar ceramah ujian komputer pulak, time ujian komputer ni lah aku kecundang :3 Aku memang overconfident terlebih yang aku pass untuk ujian komputer ni. Last last fail. Memang aku menangis lah balik tu. Poyo betul aku. Hahaha nak nak pula kena ulang. Bila ulang ni, aku lepas lah alhamdulillah. Tak nangis dah. >.< 


Next, fasa seterusnya ialah kelas memandu. Dekat sini aku dah start nervous dah, Aku dapat cikgu perempuan, memula dah horay horay dulu dah dapat cikgu memandu perempuan ni, mana tahu tak garang, satu kepala dengan aku ke haaa. Over kan aku hahahaha. Sebabnya aku ada jugalah dengar cikgu memandu lelaki ni macam garang, ada sebahagian mcm baik. Last last.... jeng jeng jeng. Indah khabar dari rupa. Tapi situasi aku ni pula, indah angan-angan dari kenyataan hahahahah, cikgu memandu aku yang perempuan ni pun, garang jugalah. Adeh nasib kau lah. Aku jenis yang tak boleh kalau orang marah bising time aku bawa ni, nnti aku jadi lagi gelabah tau! Haa. Tapi bagi aku, cikgu aku ni okaylah. Normallah kan kalau dia bising, kalau tak aku bawa tak betul. Dan masa aku belajar ni pulak, cikgu aku ni bagitahu yang aku dapat awal, means dapat ujian jpj awal. Ada kosong for ujian jpj. Aku pun macam.. happy lah. Syukur lah rezeki aku. Belajar 4 minggu untuk kelas memandu then terus ujian jpj. Kalau orang lain maybe lama lagi. So aku lepas segala ujian and terus ke ujian jpj. Alhamdulillah ujian jpj lepas dengan jayanya! happy sebab sebelum birthday aku 28 march aku dah dapat lesen. Hoooraaaaaayyyyyy ^^


Seminggu lepastu, dapatlah aku pegang lesen P aku. Then lepastu, guess what ???!!! 


Aku just pegang lesen tu tanpa drive ke mana-mana. I dont know kenapa aku rasa macam takut pula nak bawa. Nervous bila pegang stereng, Dia punya takut tahap gaban, Bila aku balik kampung cousin cousin aku tanya dah dapat lesen and dah drive sampai mana? Aku just senyum jelah cakap tak berani nak bawa lagi. Pape ntah aku -_- Even kereta auto pun aku takut. Entahlah aku taktahu mana lah hilangnya semangat aku. Bila bawa je even kat area rumah aku, rasa takut semacam. Sejuk jaa tangan aku. Aku just positive lah maybe masih takut lagi normallah semua orang macam tu, ahahaha haih sadis betullah masatu. :{ 3 months later, Hari raya aidilfitri, Lepas seminggu tu, kawan aku ada buat open house dekat rumah dia, masatu memang takda siapa nak hantar aku pergi sana, Usually kakak/ayah aku yang hantar but dia pun tak ada at that time, aku pun macam fikir, dah siap ni takkan taknak pergi kan? terdetik kat hati, 

''nak drive sendiri lah, sampai bila nak takut, cuba jelah''
"dah berapa bulan dapat lesen tapi takpernah drive"
"cuba jelah"
"jangan nervous and jangan takut" 
"bawa pelan pelan je"
"now or never"


My P and L lol:3 

Then pelan pelan aku start kereta aku, baca doa and jalan. Yay! lepas pun. Benda tak rancang langsung nak drive sebab aku memang suruh akak aku hantar, tapi masa tu takda sapa pula nak hantar, pastu aku rasa apa salahnya kalau mencuba? Even sejuk juga tangan masatu, darah gemuruh kononnya. Pastu sampai sekarang lah aku drive sendiri kalau nak pergi mana mana, takdalah menyusahkan orang lagi kan, Pergi sekolah pun aku drive sendiri. Syukur, hilanglah segala rasa takut tu, Aku pun terfikir kenapalah dari lepas dapat lesen tu aku lagi aku tak cuba macam ni, kalau tak dah tak takut dah. Kalau ada sesapa yang takut nak drive tu, buang je takut tu. Ecehhh padahal aku pun dulu sama, Sebabnya kalau takut/nervous/ smpai bebila rasa macamtu. Sampai bila kau takut nak jalan atas highway. 

Bagi aku, sometimes benda yang kita tak rancang langsung, boleh ubah masa depan kita, walaupun sekecil mana sesuatu benda yang kita buat tu. Macam aku dapatlah memudahkan diri sendiri, Walaupun hanya perkara biasa macam situasi aku ni. Atleast dapatlah juga bangga kan diri sendiri. Ada improvement yang baik hahahaha :))

So the lessons is JANGAN takut untuk mencuba. Sekian :) ^^ :*


Kerja Bertangguh/Last Minute

Assalamualaikum, Happy fasting everyone. Today is 13 ramadhan ^^ how time flies~but heyyy just look at the weather today, so good and cloudy right? (But I don't know how about your place hahaha) Hmmm. Our holiday will be end soon.... Tak lama lagi sekolah akan dibuka semula untuk 2 minggu or something pastu raya wuhuuu. Tapi my problem is im not finished my homework yet. Idk why lately ni im so lazy. Padahal baaanyaaakkkkk sangat homework cikgu bagi suruh siapkan. Disebabkan bila kat rumah ni jadi malas nak pegang buku. -_- Allahu. Tapi pegang juga lah, selak selak baca apa yang patut, buat homework sikit and etc pastu tutup. Then continue my sleep. Hahahah. But bulan puasa is not an excuse for you to sleep je and not doing anything right?  Tapi Alhamdulillah lah, I don't want to be the old me. Aku siapkan juga. Actually, kemalasan yang menggunung ditambah pula dengan sikap suka bertangguh ni make everything worst. Semua kerja tak akan jalan. I still remember when I was the spm candidate, I keep delaying on doing my homework, assignment or even the week before exam pun, aku still nak bertangguh untuk buat revision, I always said "eh baca esok pagi jelah, best pula drama ni ;)" pastu bila dah pagi cakap "baca malamlah sempat lagi ni" and keep repeating the same thing day by day sampailah sehari sebelum exam baru nak menggelabah cari buku and baca. On that time pun taktahu apa yang dibaca masuk ke tak dalam kepala. Korang rasa masuk ke tak, ofcourse tak sebab pemikiran kita masa tu dah melayang-layang ke tempat lain. But kalau aku, ada lah juga sikit sikit masuk dalam kepala bila study last minute. Sikit jelah dalam 30% tapi kebiasaannya tak masuk pun kah kah :3 Bergantung pada diri masing-masing dan bergantung pada situasi tu jugalah kan. Kalau you tak focus memang tak boleh go lah. Pastu bila study last minute kau tak perform elok elok haa memang menangis lah :'( Masatu baru nak nyesal tak study awawal. So lupakan jelah nak study last minute kalau rasa diri tak mampu tu.  and bawak bawak lah study di awal waktu ok ^^:p Aku pun kalau boleh nak campak jauh-jauh tabiat macamni. -.-


The view from my bangunan form 6 


The conclusion is, jangan suka bertangguh. Bila kau terdetik nak buat sesuatu tu, teruskan. Sebab bila kau melengah-lengahkan sesuatu, then kau akan jadi malas. Kerja kau tak siap. Kau akan jadi tak ada mood nak buat. Bila buat kerja last minute pun sama, semua benda tak menjadi. Ada je benda tak kena. Lepastu rasa macam nak marah semorang, HAHAHA. Kalau kau buat di awal waktu kau akan jadi tenang dan lapang. Takdelah nak menggelabah kan? Tak rugi pun wei :p Ni based on my experience lah kan. Hahahah okay dah penat dah membebel. Lapar pulak bila membebel bebanyak ni hahaha (choiii). Ok bye!





This one gambar ex-classmates form 5. Saja letak even takda kena mengena :3




 By : Izzah Alya 


Resepi popia goreng simple



Assalam, 

Harini nak share resepi sikit. Alaaa popia simple simple jerr ni. Budak budak pun reti buat. Mudah, cepat dan sedap.  Nak buat juadah buka puasa pun boleh. :) Okay jom start!


Bahan bahan yang diperlukan :

-Kulit popia
-Air bersih (lekatkan kulit popia)
-Sayur mixed
-Fish cake+Fish ball


Paling penting kulit popia, tak kisah brand apa yang penting halalan toyyiban.


Sayur mix ni yang ada jual dekat pasaraya tu. Kalau ada sayur and nak potong kekecik pun ok janji muat nak masuk dlm kulit popia. Air bersih untuk lekatkan kulit popia. 


Aku tambah fish cake dengan fish ball yang dipotong dadu/ kecik kecik. Ikut suka korang lah nak tambah ketam ke nugget ke dalam popia ni.


Cara-cara :


1. Ambil kulit popia tadi. Letakkan kulit popia tu kat atas dulang atau pinggan atau apa apa jelah supaya senang nak letak bahan-bahan. 



2. Masukkan sayur mix kat tengah tengah kulit popia dan lipat ikut suka hati korang. Aku lipat macam biasa je sbb senang, hee. Btw, Kalau korang nak tambah sayur lain macam taugeh ke atau guna sayur lain pun ok. Ikut suka korang lah kan :p


3. Lepastu, Masukkan fish cake and fish ball yang korang dah potong kecik kecik tadi. Jangan halus sangat nanti tak rasa pula. ><

4. Akhir sekali, bila dah selesai lipat kulit popia tadi, sapukan air dekat hujung kulit popia tu dan lekatkan. Ada sesetengah orang guna telur untuk lekatkan kulit popia tu. Pun boleh juga janji tak tertanggal.

5. Goreng popia tersebut sehingga kekuningan. Sekejap je jangan lama lama agak agak dah cantik kaler dia boleh terus angkat.

6. Okay siap! Sedia untuk dimakan dan dicicah bersama sos cili thai nyum nyum. ^^




Taraa! (eksaited)


Okay terima kasih singgah! 





By : Izzah Alya

Salam Ramadhan Kareem



Assalamualaikum, 
Pejam celik pejam celik, esok semua umat islam akan berpuasa. Yep, kita dah pun masuk bulan ramadhan. Malamni pun dah start terawih. Ya Allah, cepatnyaaa masa berlalu.... Seriously, rasa cepat sangat. Dan aku pun macam..... 


''Laaa, bukan semalam baru tahun baru ke?'' 
''Bukan haritu aku baru spm ke?''
''Haritu baru je sambut birthday kan?''
''Eh, aku rasa macam baru haritu aku counting days untuk puasa tiba tiba esok dah puasa?"


Haaaa, sudah. Yang last tu paling over sekali. Hahaha. Kalau korang perasan, masa berjalan dengan begitu pantas sekarang. Kau sendiri pun sampai tak sedar. Tup tup, dah penghujung bulan 5. 2017 pun dah hampir setengah tahun. Macam mimpi pun ada tapi tulah realitinya. Aku pun taktahu lah apa yang aku dah lalui selama hampir setengah tahun ni. Apa yang aku dah buat. Sama ada perkara berfaedah atau sebaliknya. Harapnya yang baik baik jelah. :')



 Air paling cepat habis...

Okay, bila dah masuk bulan puasa ni, apa yang korang paling tak sabar? Ofcourse laa paling tak sabar untuk berbuka :p Hahaha, going to bazaar ramadhan is a must. Paling suka tengok air-air yang dijual kat bazaar. Menggugat keimanan betul. Kemain bermacam-macam warna ada, Kau pilih jelah mana kau suka. Semua ada. Padahal masa bukan bulan puasa, Kau jeling pun tak dekat air tu? Haaaa. Haahaha.Tak kurang juga makanan yang dijual kat bazaar. Aku paling suka beli murtabak, kuih tepung pelita, popia sira (yang kaler merah tu) and ayam percik. Heaven betul dapat makanan dan minuman yang sedap sedap time bulan puasa ni. Tapi satu je nak pesan, Jangan membazir dan jangan beli ikut nafsu. Kau beli banyak banyak lepastu tak makan and tak habis. Haih, Nafsu masa bulan puasa ni memang tinggi betul, Kau sendirilah yang kena kawal. Syaitan dah kena ikat. Kalau kau beli banyak-banyak and nak sedekah kat jiran-jiran atau orang yang tak mampu. takpa. Dapat juga pahala :) Memang tak dinafikan, bila bulan puasa ni semua makanan yang kau nampak dari jalan hujung sini smpai laaa ke jalan hujung sana semua nmpk sedap dimata kau. Tapi berpada-pada lah ya. just beli makanan yang kau rasa kau nak makan and yang perlu je. Ok? Tak salah pun berjimat. 


Nampak pulut panggang disitu ^^ 

Bulan ramadhan jugalah bulan untuk kita berehat dari kesibukan dunia and focus on our ibadah. Orang berlumba-lumba nak kejar pahala dalam bulan ramadhan ni lah :) Setiap kebaikan yang kita buat Allah kira. Rebutlah pahala sebanyak mungkin selagi kita masih ada ruang dan peluang. Rugi betul kalau kita masih leka dengan dunia. ((pesanan buat diri ini juga))



Nah niat puasaa :)


Okay bye! Salam ramadhan kareem :) Selamat bersahur and selamat berbuka everyone! ^^ 



By : Izzah Alya

Pesan Nabi Muhammad SAW



Assalam, just a friendly reminder today for all of you and ofcourse, me too. 




Maybe not this time.


Assalamualaikum, 
Semalam pukul 12 tengahari result upu keluar. Aku dah rasa macam macam, berdebar tu jangan cakap lah. Risau semua ada. Tangan pun macam sejuk je rasa. ((macam ada orang nak masuk meminang pulak wei)) Fikiran masatu 50/50 je. Seriously, aku expect yang aku akan dapat mana mana universiti / course yang aku mintak tu. Tapi, nasib tak menyebelahi aku. Aku takdapat. Ya, agak sedih dan terkilan jugaklah bila dia tulis kat situ 'Permohonan anda tidak berjaya'. Lagi lagi bila dengar orang lain dapat, Nak menangis tu jangan cakap lah. Kalau boleh kat situ jugak aku nak menangis. Kecewa, sedih semua ada. Sebenarnya since aku masuk form 6 about 2 weeks ago lagi aku dah dapat rasa, oh mungkin aku memang ditakdirkan kat sini. Dah dapat rasa dah. Lagipun aku tahu, form 6 juga ada kelebihan dia yang tersendiri. Ni pun salah satu peluang yg aku ada untuk berbakti dengan parents aku. 






Dalam kesedihan tu, aku cuba positifkan diri aku. Semua benda yang jadi mesti ada hikmah, Maybe Allah nak bagi yang lebih baik pada masa akan datang. Who knows kan? Dalam masa yang sama aku percaya, Allah dah susun elok elok perjalanan hidup setiap hambaNya. Begitu juga perjalanan hidup aku. Siapa kita nak menidakkan perancangan Allah? Tak semua yang kita expect kita akan dapat. Kau rancang lah bagai nak rak pun, kalau Allah tak izinkan benda tu tak akan jadi. Sebenarnya belajar kat mana-mana sama je, cuma nak belajar atau tak je. Rezeki tu ada kat mana mana. Janji usaha tu kena ada. Jangan asik berangan nak berjaya tapi usaha pun malas. ((peringatan buat diri sendiri actually)) Hahaha. Jauh lagi perjalanan okay. Banyak lagi yang perlu kau tempuh kat luar sana. Jadi stay strong and always be positive. 



Blue Sky Tag #2 from Asyikin

Assalamualaikum, hai Miss Asyikin thank you for tagging me in your blue sky tag's post :) I am sorry for my late post. Hehehe so now I want to answer all the question. Let's see ^^




RULES

- Thank the person who tagged you
- Answer their 11 questions
- Tag 11 people
- Give them 11 questions to answer me 


1. What are the things you love the most ?


-All the precious things that was mine and something that people gave to me :)

2. What are the things you hate most ? 

-I hate dirty and uncluttered things.


3. If you are want to surfing internet with your smartphone, what is the app you open first ?

-If I want to surfing internet with my smartphone, the app that I will open first is google  because everything I want was there, just search it. (hehek)

4. List down your favourite songs (5 songs only) :D

1) Davichi-This love 
2) Park Hyung Sik-Because of you
3) Yoon Mi Rae-Always
4) Chen, Baekhyun,Xiumin-For you
5) Haqiem Rusli-Segalanya 
(Mostly korean song :3)

5. If someone hate you, what will you do ?

-I don't care and it's okay let them be. 


6. If you have a big problem that bothering your day, what will you do ?

-I will keep myself quiet and only talk to someone when they ask. 


7. What is your dream ?

-Hopefully, one fine day I have an opportunity to study abroad bcs this is one of my wish since I was in primary school. :)


8. Do you want to be a popular person ? Yes Or No ? Give a reason

-If you asking me this questions, honestly, I will definitely answered yes. For me, I wanted to be a popular person bcs when we become popular, people around us will always see us and follow the little things that we do either its good or bad (usually they follow the good in us). Then, we also can give benefits to them and ofcourse, people will always appreciate us in their life :)


9. What are the idols you want to meet to ( list 5 idols only )

1) Mr. H
2) Farah Lee
3) Raiisyah Rania Yeap/ Felixia Yeap
4) EXO members
5) All koreans actor

10. Which country in this world you want to visit ?

-Korea, Japan, New Zealand, Makkah (ofcourse) and all the country.


11. What will you do and felt, when someone you love was back-up (defend) someone which is fighting with you ? 

-I will become sad and angry, and I don't wanna talk to them for a day long because on that situation, I feel that im not important in their life when they defend someone else hahaha. :p



DONE! Im sorry for break the rules. Thank you for reading and dada~

Blue Sky Tag #1 from Asiela



About 2 weeks ago, I got tagged from Asiela to do this Blue Sky Tag but im too busy to answer but btw thank you for tagging me ^^ So finally today, I got chances to answer all the questions! Let's check ~



Rules

- Thank the person who tagged you
- Answer their 11 questions
- Tag 11 people
- Give them 11 questions to answer


1. Explain me anything about you

-Mostly people know me as Izzah Alya. 18 years old girl. Love eating, reading novels, surfing internet, reading a positive vibes and inspiration post. ;)

2. Explain me anything about me XD -if you don't know, it's okey-

-I know you as Asiela. But your name actually is Selma right? *im sorry if its wrong* You are Indonesian blogger. Your entry is awesome bcs you can write in english so well. Nice to know you. And I think maybe we can be friends? Hee :D

3. What makes you being a blogger?

-Since I stalked my friend's blog. Actually, I love to read and write. Before I being a blogger, I love to reading the other persons writing/blog and also reading a famous blog.

4. How did you start making a blog?

-When I have so many things to share to people.

5. Tell me about your passion

-Still searching.

6. What is your boyfriend type?

-Patience, Respectful, Loving, Caring, Understanding and etc. :3

7.What is your personality type? Introvert? Extrovert? Ambivert?

-I am an Introvert person actually, but I can be extrovert also. :p

8. Your favorite music genre? Why?

-Blues and broadway because idk i just love it. :)

9. Your favorite movie genre? Why?

-Horror because i love the suspend scene kuikui

10. What's your passion?

-Let it be secret.

11. Your motto?

-Go check my header.


TQ!

Positivity









Kadang, 
Kau mungkin mengeluh,
Kau mungkin merungut,
Bahkan juga memberontak, 
Dengan ujian yang Allah datangkan pada diri kau, 
Kelak, 
Kau tidak tahu,
Disebalik semua ujian itu,
Tersimpan didalamnya beribu hikmah.


Yang pasti, 
Secara dasarnya,
Dia mahu menguji kekuatan diri kau, 
Sejauh mana kau mampu bertahan,
Atau mungkin, 
Dia mahu menjentik hati kau,
Untuk kau dekatkan diri denganNya, 
Bersujud kepadaNya dan sentiasa mengingatinya, 
Walau dimana jua kau berada. 



🌷
Xoxo : Floralyaa


Perempuan vs Masak







Assalamualaikum everyone. Betul ke statement ni wahai wanita sekalian? Agak-agak korang berada dalam kedudukan yang mana? Kebanyakannya yang nombor 1 lah kan ~ :p :p



The precious experience.

Salam, untuk mengisi kekosongan hari hari aku, aku ada lah buat kerja amal sikit iaitu ajar budak budak mengaji kat rumah. Daripada aku buang masa tak buat apa dekat rumah, why not? Lagipun aku mengajar anak anak jiran aku je, yang duduk area area rumah aku. Aku gunakan segala ilmu  yang ada ni and apa yang pernah aku pelajari. Aku takda lah pandai mana, tapi kalau ajar budak budak basic mengaji iqra' ataupun surah surah lazim, inshaAllah aku boleh. Sebenarnya, bukan mudah dan bukan juga susah untuk ajar budak-budak. Sedang sedang je gitu~ok, budak-budak yang aku ajar ni ada lah dalam 7 orang. Sikit je kan tapi dah nama pun budak-budak, dia punya ragam tu jangan cakap lah hahaha macam-macam. Kalau budak yang memang tengah rajin ni memang rajin sangat. Takpayah suruh bukak iqra' and baca doa pun dia dah buat dulu and dah ready dah. Okay ni bagus kihkih. Pastu kadang pulak, ada yang tetiba malas nak mengaji, ada sekali tu menangis pulak dia bila disuruh mengaji alahai hahaha belum lagi yang mengaji main-main ni haaaa ni yang nak kena ni :p nasib baiklah aku ni tak garang wei *yeke*.  Baik tu baik jugak tapi kadang-kadang geram jugak dengan budak-budak ni. Tapi nak marah pun tak sampai hati. Serius wei~Tengok telatah dieorang ni terus tak jadi nak mengamuk hahaha. 






So, based on my experience lah kan, ada budak yang jenis gifted. Sekali ajar je dah faham & lancar. Bagi aku, mungkin atas faktor persekitaran. Mungkin ibu dan ayah dia bagi sepenuh perhatian kat anak-anak dieorang ni. Sebagai contoh, parents dia bagi tunjuk ajar kat rumah, ajar solat dan mengaji, temankan anak-anak buat homework, dan sentiasa meluangkan masa untuk anak-anak. Jadi, anak-anak pun akan rasa dihargai dan disayangi ecehhh. Yelah budak-budak kan, ofcourse lah nak perhatian dari ibu bapa. Kita yang dah tua bangka ni pun masih lagi nak manja-manja dengan parents kannn kahkah. Dan, ada jugak jenis budak-budak yang aku kena tunjuk dan ulang satu persatu, and then baru dia boleh baca. Tu pun nanti esok dah lupa balik dan aku kena ingatkan. hahaha normal lah tu.



Macam macam cabaran sebenarnya bila mengajar ni. Dari sini, aku dah boleh rasa feel macam mana seorang guru ni mengajar berpuluh-puluh orang murid dalam satu masa atau mungkin sampai beratus orang murid. Fizikal dan mental memang kena kuat. Tu belum lagi nak kena kawal tingkah laku & perangai setiap sorang. Nak jadi seorang guru ni amatlah memerlukan kekuatan dalaman dan kesabaran yang tinggi dalam diri. Kalau takda kesabaran dalam mendidik ni, faham-faham jelah apa yang akan jadi. But for me, i don't mind pun. Selagi aku berupaya nak ajar budak-budak ni, aku akan buat sehabis boleh. But overall, Seronok rupanya ada pengalaman macam ni. Dapat bagi ilmu, dapat perbaiki apa yang patut. And I enjoyed every moments ^^ Apa yang paling penting diri kena ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Jangan buat sebab terpaksa, memang tak jalan. Tak berkat pun ya jugak. Niat tu nombor satu ok. :)) dadaaa~~



Alhamdulillah




''Borrow''


Assalam, Last weekend, I scrolled my twitter and saw this statement. Lama juga aku tenung. Aku suka sangat dengan statement jujur macamni. Mungkin ada lah dikalangan korang yang suka mengamalkan tabiat meminjam. Bagi aku tak salah pun nak meminjam, dulu kekecik, aku suka kongsi and bagi pinjam apa yang aku ada tak kira lah ngn tablemate aku mahupun jiran kelas sebelah ((zmn zmn chilhood dulu dulu)) walaupun dia pulangkan balik dah tak serupa barang dah hahaha. Yelah sebab bebudak lagi, bagi jelah segala hape yg ada kalau boleh kannnn. Tapi tu dulu, zaman kanak kanak riang, bila dah dewasa sikit ni dia jadi mcm sensitif sikit. Nak bagi pinjam kat orang pun even kawan paling sayang sekalipun dok fikir beribu kali hahaha. Bukan apa, yang takutnya bila dah pinjam tak pulang balik ataupun barang yang dipinjam tak sama dengan keadaan asal ataupun dia pinjam barang kita lepastu hilang macamtu je. Bila dah jadi macamtu, mesti rasa macam taknak bagi pinjam lagi kan?  


Aku jenis yang segan nak meminta minta dari orang ni lebih lebih lagi nak meminjam, kecuali kalau dah terdesak ya amat. Segan wei, tapi taktahulah ada juga segelintir manusia yg boleh pula amalkan gaya hidup suka meminjam something from others tanpa rasa segan silu. Banyak kali pulak tu. I think you should put yourself in their shoes. Pernah tak terfikir macam mana susahnya orang tu nak dapat kan sesuatu tu? Mesti dia usaha untuk dapatkannya. Tak kisah lah sama ada dia beli guna duit dia sendiri ataupun minta daripada parents. Itu salah satu usaha jugakan? Dan kau pula, bila dah pinjam dari dia janganlah rosakkan ataupun hilangkan. Menangis kawan korang nnti. Appreciate it please..... macam mana kau pinjam, macamtu jugalah keadaannya bila kau pulangkan balik barang dia. Ok? Barulah senang sikit hati kawan awak tu. But more than 3 times, beli untuk diri korang sendiri, okay? Takpayah pinjam pinjam lagi. >< Usaha sendiri, beli sendiri, guna sendiri dan kita pun akan happy, tak percaya silalah cuba hahaha. Okay dadaa ~~

After a few years......


Assalamualaikum, setelah hampir 3 tahun aku meninggalkan dunia blogger, now iam back. Wahaha uish lama gila kot aku tak update belog dan blog aku pun dibiarkan gantung tak bertali. Kesian betul. Last post aku 2014, banyak sudah post aku dah delete. Sekarang tinggal bape kerat jelah post aku. Kenapa ntah aku pi delete. Padahal banyak jugak moment moment indah yang aku dah post dalamni hahaha alahai. Nak buat macam mana. Fyi, aku ada lah juga bila bosan aku bukak blog aku baca post post blogger lain. Hahahah jadi silent reader. Aku pun tak berapa ingat kenapa aku tutup blog aku dulu. Mungkin sebab dulu aku tak pandai manage masa, yelah aku kan student sekolah lepastu rasa macam budak budak sangat masatu. Huhuhu. Sekarang rasa macam dah lapang sikit kan. 

Lepas spm last year, aku taktahu nak buat apa. Aku kerja lah sekejap dekat satu kedai makan ni. Sekejap jelah, pastu menganggur kat umah sampai lah sekarangni. Bosan sangat. Kawan kawan aku semua kerja. Nak buat macam mana. Aku nak cari kerja area sini pun tak dapat dapat. Maybe sbb nak suruh aku fokus kat belajar dulu kot! Padahal aku tengah tunggu tawaran nak sambung belajar. Tapi duduk rumah pun aku okay je dapat spent time dengan family, tolong apa apa yg patut. hari hari kat umah nampak lah muka muka dieorang. Sebab yelah bila lagi, nnti dah smbung belajar jejauh rindu. ((kalau jauh lah kan)) hahaha, always think positive in any situation. Selagi ada masa kita guna dengan sebaiknya

Oh ya! lupa nak cakap, cantik tak wajah baru blog aku ni ? Haaa, blog aku ni hasil sentuhan Sis Hawa. 

Bagi aku, kena sangat dgn selera aku. Aku suka simple je. Tengok hasil kerja sis hawa pun boleh tahu sis ni memang terror bab bab edit blog ni. Harga pun berpatutan. If korang nak tempah apa apa pasal blog, bolehlah contact Sis Hawa . Cepat je dia respond walaupun busy. Semoga sentiasa murah rezeki sis hawa :))