Me and My lesen

Assalamualaikum, hai. Perasan tak my last update bila? Hahaha lama kan tak update blog. Macam busy sangat jee aku. Padahal tak pun, sikit jelah busynya. Kuikui. Okay taknak intro pepanjang kelain kang aku cerita. Okay tengok tajuk tu? Bahahaha. Kadang aku rasa nak tergelak pun ada. Okay meh aku cerita meh setelah sekian lama menghilangkan diri.


Okay lebih kurang 6 ke 7 bulan yang lepas, aku pergi ambil lesen memandu. Mulanya memang aku beria betullah nak belajar drive. Memang eksaited sesangat lah bila nampak kekawan and kenalan aku ramai dah reti drive. Beberapa minggu sebelum aku ambil lesen tu, aku ada lah bawa kereta kat sekitar kawasan rumah aku. Kiranya macam practice makes perfect lah even aku tak reti sangat. Aku ambil lesen kereta manual. So aku belajar bawa kereta manual lah dengan kakak aku. Alah biasalah kakak aku tu membebel jaa kat sebelah aku time aku bawa -_- memang ada jelah tak kena, ada je yang salah. Tapi memang ya lah pun banyak salah kahkahkah. Asik tekan brek je aku wei hahahaha. Pastu nak masuk gear gelabah habis. Last last tak jadi apa pun. Hagahaga. 


Ok then, firstly... semua yang nak ambil lesen ni kena dengar ceramah dulu kan. Okay dah lepas dengar ceramah ujian komputer pulak, time ujian komputer ni lah aku kecundang :3 Aku memang overconfident terlebih yang aku pass untuk ujian komputer ni. Last last fail. Memang aku menangis lah balik tu. Poyo betul aku. Hahaha nak nak pula kena ulang. Bila ulang ni, aku lepas lah alhamdulillah. Tak nangis dah. >.< 


Next, fasa seterusnya ialah kelas memandu. Dekat sini aku dah start nervous dah, Aku dapat cikgu perempuan, memula dah horay horay dulu dah dapat cikgu memandu perempuan ni, mana tahu tak garang, satu kepala dengan aku ke haaa. Over kan aku hahahaha. Sebabnya aku ada jugalah dengar cikgu memandu lelaki ni macam garang, ada sebahagian mcm baik. Last last.... jeng jeng jeng. Indah khabar dari rupa. Tapi situasi aku ni pula, indah angan-angan dari kenyataan hahahahah, cikgu memandu aku yang perempuan ni pun, garang jugalah. Adeh nasib kau lah. Aku jenis yang tak boleh kalau orang marah bising time aku bawa ni, nnti aku jadi lagi gelabah tau! Haa. Tapi bagi aku, cikgu aku ni okaylah. Normallah kan kalau dia bising, kalau tak aku bawa tak betul. Dan masa aku belajar ni pulak, cikgu aku ni bagitahu yang aku dapat awal, means dapat ujian jpj awal. Ada kosong for ujian jpj. Aku pun macam.. happy lah. Syukur lah rezeki aku. Belajar 4 minggu untuk kelas memandu then terus ujian jpj. Kalau orang lain maybe lama lagi. So aku lepas segala ujian and terus ke ujian jpj. Alhamdulillah ujian jpj lepas dengan jayanya! happy sebab sebelum birthday aku 28 march aku dah dapat lesen. Hoooraaaaaayyyyyy ^^


Seminggu lepastu, dapatlah aku pegang lesen P aku. Then lepastu, guess what ???!!! 


Aku just pegang lesen tu tanpa drive ke mana-mana. I dont know kenapa aku rasa macam takut pula nak bawa. Nervous bila pegang stereng, Dia punya takut tahap gaban, Bila aku balik kampung cousin cousin aku tanya dah dapat lesen and dah drive sampai mana? Aku just senyum jelah cakap tak berani nak bawa lagi. Pape ntah aku -_- Even kereta auto pun aku takut. Entahlah aku taktahu mana lah hilangnya semangat aku. Bila bawa je even kat area rumah aku, rasa takut semacam. Sejuk jaa tangan aku. Aku just positive lah maybe masih takut lagi normallah semua orang macam tu, ahahaha haih sadis betullah masatu. :{ 3 months later, Hari raya aidilfitri, Lepas seminggu tu, kawan aku ada buat open house dekat rumah dia, masatu memang takda siapa nak hantar aku pergi sana, Usually kakak/ayah aku yang hantar but dia pun tak ada at that time, aku pun macam fikir, dah siap ni takkan taknak pergi kan? terdetik kat hati, 

''nak drive sendiri lah, sampai bila nak takut, cuba jelah''
"dah berapa bulan dapat lesen tapi takpernah drive"
"cuba jelah"
"jangan nervous and jangan takut" 
"bawa pelan pelan je"
"now or never"


My P and L lol:3 

Then pelan pelan aku start kereta aku, baca doa and jalan. Yay! lepas pun. Benda tak rancang langsung nak drive sebab aku memang suruh akak aku hantar, tapi masa tu takda sapa pula nak hantar, pastu aku rasa apa salahnya kalau mencuba? Even sejuk juga tangan masatu, darah gemuruh kononnya. Pastu sampai sekarang lah aku drive sendiri kalau nak pergi mana mana, takdalah menyusahkan orang lagi kan, Pergi sekolah pun aku drive sendiri. Syukur, hilanglah segala rasa takut tu, Aku pun terfikir kenapalah dari lepas dapat lesen tu aku lagi aku tak cuba macam ni, kalau tak dah tak takut dah. Kalau ada sesapa yang takut nak drive tu, buang je takut tu. Ecehhh padahal aku pun dulu sama, Sebabnya kalau takut/nervous/ smpai bebila rasa macamtu. Sampai bila kau takut nak jalan atas highway. 

Bagi aku, sometimes benda yang kita tak rancang langsung, boleh ubah masa depan kita, walaupun sekecil mana sesuatu benda yang kita buat tu. Macam aku dapatlah memudahkan diri sendiri, Walaupun hanya perkara biasa macam situasi aku ni. Atleast dapatlah juga bangga kan diri sendiri. Ada improvement yang baik hahahaha :))

So the lessons is JANGAN takut untuk mencuba. Sekian :) ^^ :*


1 comment:

  1. bila dah terer bawak kereta tu, dia jdi mcm keatgih nak bawak selalu pulak, kalau anis la =='

    ReplyDelete

Feel free to comment! :)