Negaraku Prihatin Mission For The Rohingya's



Assalamualaikum, I just read this article on my social medias. 
Misi kemanusiaan ini dibentuk hasil kerjasama Malaysia Airlines dan sukarelawan IM4U. 

So aku nak ajak korang semua kalau ada diantara korang yang berkelapangan dan ada rezeki lebih tu boleh lah hulurkan sumbangan untuk membantu saudara islam kita di Rohingya. 

Ikut kemampuan masing-masing lah. Korang boleh salurkan sumbangan korang di beberapa pusat kutipan sumbangan iaitu di lapangan terbang di seluruh Malaysia, boleh tengok pada gambar kat bawah ni. Korang bolehlah pilih lokasi yang berdekatan dengan tempat korang. 

Barang-barang keperluan yang boleh korang sumbangkan seperti towel, baju, berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu, biskut, roti dan macam macam lagi. Kalau ada baju-baju dan barang-barang kat rumah yang masih elok lagi pun boleh korang sumbangkan. Tak kisah lah barang apa pun daripada tak terpakai kat rumah tu. So details lain boleh refer pada gambar kat bawah tu.

Kepada yang nak derma, sumbangan boleh dibuat dari pukul 12pm until 10pm. Misi bantuan kemanusiaan ni sampai 30 Oktober ini sahaja tau jadi jom ramai-ramai join. 

Mungkin kecil pada mata kita, tapi bermakna bagi mereka. Hulurkan tangan, ringankan beban. Lebih banyak kita derma, lebih banyak nyawa kita dapat selamatkan.

Sebarang pertanyaan korang boleh ajukan dekat nombor hotline dan laman web yang tertera pada gambar tu! 

Thank you :')



Love: 
IzzahAlya

Pengalaman Dekat Hospital


Nampak title tu? Hahahaha mesti you all ingat aku nak cerita pengalaman seram aku kan? Hahaha taklah mana ada, sikit pun tak seram ok, langsung tak. So no worries okay! Kalau aku share cerita horror menggigil gak ahhh aku nak menaipnya :p So yaaa, harini macam terajin pula nak cerita pengalaman aku yang satu ni. Aku tetiba teringat pasal ni, actually kejadian ni dah pun berlaku tahun lepas, ni kira cam nak throwback balik lah. Hehehe. 

Last year bulan 11, aku ikut family aku pergi kenduri kahwin rumah saudara belah ibu aku, balik daripada kenduri tu, makcik aku cakap dekat ibu aku nak pergi tengok anak dia iaitu abang saudara aku. Dah lama dah dia sakit, ulang alik hospital. At that time, abang saudara aku ni dah almost seminggu lebih kat sana (if im not mistake) sebab tengah buat therapy. So dia duduk dekat hospital. So ibu aku decided nak melawat abang saudara aku ni. Masa dah sampai kat wad tu, macam biasalah bila dah jumpa kitorang tanyalah khabar, borak apasemua kan. Then, aku perasan depan katil abang saudara aku ni ada sorang uncle india ni tengah baring, dia perhatikan je kitorang borak-borak apasemua. Dia pandang aku, and aku senyum jelah :) Dari tempat aku tu, aku perhatikan kaki dia. 




Muka cover sebak.
 


Aku baru perasan, ohhhh kaki uncle tu sebelah kanan dah tak ada rupanya. Mungkin kena potong. Aku tanya dalam hati jelah. Tetiba diri ni rasa macam kesian and sebak pula tengok uncle tu. Kita ada dua dua belah kaki sempurna sifat tapi dia dah pun kehilangan kaki kanan dia. Satu nikmat dah ditarik. Aku terfikir macam mana lah dia nak bergerak nnti nak jalan semua. Macam macam aku dok fikir masatu. :(( Then nampak uncle tu macam nak duduk, makcik aku tanya uncle tu dia nak duduk ke, pastu dia ya kan lah. So aku dengan adik aku pergilah dekat dia tolong dia bangun, letak bantal kat belakang dia and tegakkan belakang katil hospital tu. 



Tapi uncle tu takboleh duduk sangat pun :(( Kena ada orang pegang belakang dia baru boleh duduk. Huaaaa, time ni pun dah start sebak balik dah! ==' Sebak tengok dia struggle nak gerakkan badan dia and nak duduk tu mcm susah sangat Allahu tak kuat aku nak tengok :< Rasa macam insaf sebab diri ni pun kadang lupa diri tak bersyukur dgn apa yang ada. :[ Makcik aku cakap selalu ada anak-anak dia datang tengokkan uncle tu, mungkin haritu lambat sikit kot. Berapa minit pastu, nurse datang bawa makanan and letak kat tempat abang saudara aku. Pastu nurse tu hantar kat tempat uncle india tu, masatu uncle tu dah baring balik. Aku dgn makcik aku tolong dia bangun sebab dia kata nak makan. Just tegakkan katil tu jelah kan untuk dia makan :C Then, adik aku pun tolong suapkan uncle tu makan.



Oh, time ni adik lelaki aku tolong suap uncle tu. (photo:my sister)


Sebenarnya, nak tolong orang ni tak kira tempat or waktu. Bila nampak orang tengah susah, even orang yang kau tak pernah kenal sekalipun, ringankan lah tangan untuk membantu walaupun benda tu kecil. Kecil pada mata kita tapi bagi impak besar pada orang tu. Mungkin dalam kita menolong tu, dia doakan kita. Kita taktahu turn kita pulak nnti, mungkin one day orang pulak datang tolong kita masa kita susah. Kalau aku, feeling bila lepas tolong orang ni rasa tenang and happy je. Sebab dapat ringankan beban dia, kita pun rasa gembira ofcourse. Pahala pun dapat sbb menolong :) Bila orang tengah sedih then kau datang hiburkan and buat dia tersenyum pun satu amal juga. Macam-macam benda kita boleh buat untuk gembirakan hati orang. One more thing, bila kita nak menolong orang, ketepikan segala perbezaan tak kisah lah dari segi agama, bangsa sekalipun warna kulit. Tak salah pun kalau kau nak tolong walaupun dia bangsa atau agama lain. Tak semestinya kita kena baik dengan orang kaum kita je. Baik dengan semorang k. Nabi pun ajar kita baik dengan semua agama. ^^ :)) So jangan nak racist sangat lah kan :$ 

p/s : aku pun taktahu nama uncle tu so panggil uncle jelah hihi.

Okay dadaaa .... :D

Love.
Izzah Alya